Principle Analysis: An Elliott Wave Blog

USD Index Forex Elliott Wave Analysis

Elliott Wave Daily Trades

All News, Video and Posts related to TOPIC: Currencies

All News, Video and Posts related to TOPIC: Federal Reserve

Reuters: US Dollar Report

FX Path

FOREX.com's Weekly Strategy

Sunday, July 18, 2010

Apakah Maksud Leverage ?

Apakah Maksud Leverage ?


Leverage mempunyai konsep yang sama seperti pinjaman.


Apabila anda trade 1 lot utk akaun regular, saiz lot itu ialah 100,000 USD dan bermakna anda memerlukan modal sebanyak 100,000 USD untuk melakukan transaksi jual/beli currency pair.


Tetapi dengan adanya leverage, anda tidak perlu ada modal sebanyak itu, leverage adalah seperti pinjaman, di mana kita perlu ada 1% daripada modal keseluruhan.

Leverage yang standard ialah 1:100. Ia bermaksud anda hanya perlu ada 1/100 atau 1% daripada jumlah sebenar. 1% ialah modal anda sendiri, 99% dipinjamkan oleh broker anda.

Contoh pengiraan: Akaun Regular:

100,000 USD Leverage: 1:100


Ini bermakna, anda perlu ada 1% daripada 100,000 USD untuk 1 lot.

1% x 100,000 USD = 1000 USD

Oleh itu, nilai 1 lot untuk akaun regular = 1000 USD


Nilai 1 lot untuk Leverage 1:100 1/100 x 100,000 = 1000 USD 1/100 x
10,000 = 100 USD

Nilai 1 lot untuk Leverage 1:200 1/200 x 100,000 = 500 USD 1/200 x
100,000 = 50 USD


Nilai 1 lot untuk Leverage 1:400 1/400 x 100,000 = 250 USD 1/400 x
100,000 = 25 USD

Nilai 1 lot untuk Leverage 1:500 1/500 x 100,000 = 200 USD 1/500 x
100,000 = 20 USD

Dari jadual di atas, dapat dilihat bahawa apabila leverage semakin tinggi, semakin tinggi pinjaman yang diberikan kepada anda dan semakin kurang modal yang perlu anda sediakan untuk 1 lot.


Untuk semua leverage yang berbeza-beza, nilai 1 pip tetap sama bagi 1 lot. Jika akaun mini, 1 pip untuk 1 lot ialah 1 USD dan 1 pip untuk 1 regular lot ialah 10 USD.


Katakan anda mempunyai modal 1000 USD dan anda ingin membuka akaun mini. 1 mini lot = 100 USD. Dengan modal 1000 USD, anda boleh mendapat 10 lot.

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan leverage dengan menggunakan modal 1000 USD. Leverage 1:100 Leverage 1:200 Leverage 1:400



Contoh Modal 1000 usd 1000 usd 1000 usd Nilai 1 mini lot 100 usd 50 usd 25 usd Jumlah lot yg boleh diperolehi dengan modal 1000 usd 10 lot 20 lot 40 lot
Nilai 1 pip per lot 1 usd 1 usd 1 usd Dengan modal 1000 USD, katakan anda
menggunakan 100 USD margin untuk anda trade. Margin 100 usd 100 usd 100 usd
Jumlah lot yang anda gunakan 1 lot 2 lot 4 lot
Nilai 1 pip utk margin 100 usd 1 usd 2 usd 4 usd
Jika anda untung 10 pip + 10 usd + 20 usd + 40 usd Jika anda untung 100 pip +
100 usd + 200 usd + 400 usd Jika anda rugi 10 pip - 10 usd - 20 usd - 40 usd


Leverage yang besar akan memberikan pulangan yang besar kepada anda. Risiko juga semakin besar. Oleh itu, penggunaan leverage yang besar memerlukan money management yang betul.

Leverage ada beberapa jenis: 1:1 bererti wang jaminannya = nilai kontrak (100%)

1:50 bererti wang jaminannya 2% dari nilai kontrak

1:100 bererti wang jaminannya 1% dari nilai kontrak

1:200 bererti wang jaminannya 0.50% dari nilai kontrak

1:400 bererti wang jaminannya 0.25% dari nilai kontrak

1:500 bererti wang jaminannya 0.20% dari nilai kontrak

Read more: http://www.usahawanforex.com/2009/11/apakah-maksud-leverage.html#ixzz0u32xDdWh

0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP